Program Hari Jururawat Daerah Kuala Penyu


Pada 13 dan 14 Mei 2016 yang lalu, Persatuan Jururawat Sabah (SANA) Daerah Kuala Penyu telah menganjurkan Program Hari Jururawat Peringkat Daerah Kuala Penyu.Tujuan Hari Jururawat ini diadakan adalah untuk memberi penghargaan kepada semua jururawat yang memberi perkhidmatan kesihatan kepada pelanggan di Klinik dan Hospital. Selain daripada itu, ia adalah untuk menjalinkan hubungan dan mengeratkan silaturahim di antara anggota jururawat di Klinik dan di Hospital Daerah Kuala Penyu.

Manakala objektif khusus pula adalah untuk menghargai profession Jururawat sebagai satu pekerjaan yang murni, menghargai sumbangan Jururawat terhadap masyarakat dan memperingati pengasas Jururawat yang pertama iaitu Florance Nightingale.

Pada 13 Mei 2016, pelbagai acara sukaneka sempena Hari Jururawat telah diadakan bertempat digelanggang Hospital Kuala Penyu dan jualan bazaar juga turut diadakan oleh ahli SANA Daerah Kuala Penyu bertempat dikantin Hospital Kuala Penyu

Manakala pada 14 Mei 2016 bersamaan dengan hari Sabtu, acara kemuncak iaitu Majlis Sambutan Hari Jururawat SANA Daerah Kuala Penyu telah diadakan di Taman Terapeutik Hospital Kuala Penyu. Antara acara diadakan adalah seperti upacara potong kek, persembahan dari Wakil SANA, Ceramah Kesihatan, Cabutan Tiket Bertuah, Pertandingan pakaian tradisi dan sebagainya

Hari Jururawat anjuran SANA Daerah Kuala Penyu ini telah dirancang dan dipersetuju oleh Matron Jaliha Matjakir (Pengerusi SANA Daerah Kuala Penyu), KJ Simpol Yussof (Penyelaras Sambutan Hari Jururawat), JT Winnie Yap (Setiausaha), KJ Sainah Munap (Bendahari) dan ahli jawatankuasa sambutan Hari Jururawat SANA Daerah Kuala Penyu iaitu KJ Rani Ganduong, KJ Koh Lee dan KJ Rosmah Naming, KJ Diah dan semua AJK dan Ahli SANA Daerah Kuala Penyu.

Akhir Kata, Kami Semua Jururawat mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengarah Hospital Kuala Penyu yang telah memberi kerjasama semasa sambutan di buat, semua anggota yang terlibat secara langsung.

Akhir kata terimalah serangkap pantun;

“Jururawat profesion yang murni
Tugas mulia lagi di berkati
Walau sambutan setahun sekali kami
Hari jururawat tetap di hati “

Laporan Disediakan oleh
KJ. Simpol Yussof
Penyelaras Sambutan Hari Jururawat
SANA Daerah Kuala Penyu


Galeri Gambar :: Program Hari Jururawat Daerah Kuala Penyu

Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP
Program Sambutan Hari Jururawat SANA KP









Published by Lio on 18.05.2016 (1368 reads)

Tags: hari   jururawat   sana  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: