Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016


Pada 12 April 2016 yang lalu bertempat di Lobi Hospital Kuala Penyu (HKP), telah berlangsungnya Majlis Sambutan Sedekad Hospital Kuala Penyu. Sambutan ini diadakan sempena 10 Tahun Hospital Kuala Penyu beroperasi iaitu bermula pada 28 Februari 2006. Pelbagai aktiviti telah dijalankan sempena Majlis Sambutan ini di antaranya aktiviti pembukaan iaitu Hari Bertemu Pelanggan yang telah diadakan bermula daripada jam 8.00 pagi.

Antara aktiviti-aktiviti yang telah diadakan dalam Hari Bertemu Pelanggan tersebut adalah seperti Ceramah kesihatan, Rawatan Kesihatan, Ikrar Derma Organ, Kempen Derma Darah, Pameran Kesihatan dan sebagainya.

 

Pada kira-kira 10.00 pagi aktiviti kemuncak sambutan ini iaitu Perasmian Sambutan Sedekad telah bermula. Majlis telah dimulakan dengan nyaynyian Lagu Negaraku, Lagu Sabah Tanah Airku dan bacaan doa. Serusnya ucapan alu-aluan oleh Dr Abd Kahar Bin Abdul Asis Ketua Penolong Pengarah Kanan (Perubatan) Jabatan Kesihatan Negeri Sabah yang mewakili Pengarah Kesihatan Negeri Sabah. Seterusnya ucapan dan gimik perasmian yang disempurnakan YB Limus Jury, Adun N26 Kuala Penyu dan Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad, Pengarah Hospital Kuala Penyu.

Tetamu kehormat lain yang hadir adalah seperti Prof. Dr M.A Kadar Marikar, Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Society Quality For Health (MSQH) dan En. Kasvenda Bin Kassim Ketua Pejabat Cawangan Jabatan Perkhidmatan Pengujian Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) QAS International Sdn Bhd. Selain daripada itu, jemputan-jemputan dari jabatan-jabatan kerajaan dari sekitar Daerah Kuala Penyu dan kehadiran orang awam turut hadir bagi memeriahkan majlis.

Antara Pengisian Program adalah Gimik Perasmian, Tayangan Video Sedekad Hospital Kuala Penyu, Persembahan Sektsa Muzikal bertajuk Pendermaan Organ yang di persembahkan oleh Gabungan Staf Unit Klinikal dan Pengurusan Hospital Kuala Penyu, Penyerahan Sijil Akreditasi dan MS-ISO 9001:2008, Penghargaan Sedekad dan Pemotongan Kek Sedekad Hospital Kuala Penyu.

 


Majlis diakhiri dengan lawatan YB Limus Jury berserta tetamu kehormat lain ke tapak pameran Hari Bertemu Pelanggan HKP dan jamuan makan tengahari.

Berikut merupakan antara pencapaian sedekad Hospital Kuala Penyu yang telah diberikan penghargaan pada Majlis Sambutan Sedekad ini

Pencapaian Kualiti Akreditasi dan MS-ISO 9001:2008 Hospital Kuala Penyu

a. Persijilan Akreditasi Malaysian Society Quality For Health (MSQH) Pusingan Kedua Selama 4 Tahun
Bermula Dari 20 Ogos 2015 - 19 Ogos 2019.

b. Persijilan MS-ISO 9001:2008 3 Tahun
Bermula dari 22 Oktober 2015 sehingga 14 September 2018 oleh Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM) QAS International Sdn Bhd

Penghargaan Sedekad Hospital Kuala Penyu

a. Pengarah Pertama Hospital Kuala Penyu dari 22 November 2005 - 30 November 2006
Dr Breitner G Johniu

b. Pesakit Pertama
Datuk Johan bin OT Ghani

c. Ibu pertama bersalin di Hospital Kuala Penyu
Marni Aming Kg Kilugus, Menumbok. Bayi pertama dilahirkan seberat 3.6 kg lahir pada 5 Mac 2006 jam 11.58 pagi disambut oleh SN Aminah Daut dan JM Roziteh Suaily

d. Staf pertama Hospital Kuala Penyu
Mohd Shahril Murshid


Galeri Gambar :: Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016

Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016
Majlis Sambutan Sedekad HKP 2016









Published by Lio on 14.04.2016 (713 reads)

Tags: HKP   sedekad  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: