Bengkel EKSA HKP Bil 1 2016


Pada 23-24 Februari 2016 yang lalu, Bengkel Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) Hospital Kuala Penyu (HKP) telah diadakan bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu (HKP). Bengkel ini telah dipecahkan kepada dua hari iaitu hari pertama merupakan Bengkel EKSA dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator, Encik Asmi Bin Etin dan MA Mohd @ Mohd Amir Nordin. Manakala hari kedua pula merupakan Bengkel Audit EKSA dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator, Matron Jaliha Matjakir dan JT Suziyanty Awang.



Seramai 20 lebih peserta telah hadir untuk setiap hari dalam 2 hari bengkel tersebut di mana kumpulan sasaran peserta kursus ini adalah dari kalangan anggota HKP dari pelbagai unit. Antara aktiviti yang diadakan sepanjang 2 hari bengkel adalah seperti aktiviti Ice Breaking, Ceramah EKSA, Aktiviti Berkumpulan, Aktiviti Audit Dalaman dan sebagainya.

Untuk makluman, EKSA merupakan penjenamaan semula amalan 5S yang diamalkan oleh sektor awam kerajaan. Maka dengan itu, tujuan utama bengkel ini diadakan adalah untuk memberi kefahaman dan pengetahuan kepada peserta berhubung falsafah dan konsep perlaksanaan EKSA di setiap unit bagi persediaan Hospital Kuala Penyu memohon persijilan EKSA daripada pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Objektif lain Bengkel EKSA ini adalah untuk
a) Memberi panduan tentang kaedah dan kemahiran asas yang diperlukan dalam melaksanakan EKSA.
b) Mewujudkan persekitaran dan tempat kerja yang kondusif.
c) Meningkatkan amalan budaya kerja berpasukan serta nilai-nilai murni dalam perkhidmatan.
d) Melaksanakan tugas dengan kos efektif terhadap sumber
e) Menggalakkan tindakan peningkatan dan penambahbaikan yang berterusan.
e) Melahirkan anggota yang berdisplin, kreatif dan inovatif.



Laporan Disediakan oleh:
Lionel Michael Jominin
Penyelaras AJK Promosi EKSA HKP

Galeri Gambar :: Bengkel EKSA HKP Bil 1 2016

Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016
Bengkel EKSA HKP Bil 1/2016









Published by Lio on 25.02.2016 (1042 reads)

Tags: EKSA  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: