Kursus Penerapan Budaya Korporat dan Pengukuhan Soft Skill HKP 2015




Pada 16 November 2015 yang lalu, bertempat di Bilik Seminar Hospital Kuala Penyu (HKP) Kursus Penerapan Budaya Korporat dan Pengukuhan Soft Skill telah dianjurkan oleh Jawatankuasa Budaya Korporat dan Delighting The Customer (DTC) Hospital Kuala Penyu.

Penganjuran kursus ini bermatlamatkan ke arah merealisasikan budaya kerja yang sihat di kalangan anggota Hospital Kuala Penyu. Manakala antara objektif utama kursus adalah untuk memastikan anggota mengamalkan nilai-nilai murni dan budaya korporat semasa bertugas.

- Galeri Gambar Kursus Penerapan Budaya Korporat dan Pengukuhan Soft Skill HKP 2015

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan semasa kursus adalah Sesi Ice Breaking dan Penyampaian Ceramah daripada Penceramah jemputan dengan tajuk-tajuk seperti
  • Integriti oleh Dr Sabariah Binti Mohamad Sa'ad (Pengarah HKP)
  • Nilai-Nilai Murni Bagi Penjawat Awam oleh Puan Hana Fariza Muhammad Yunus (Pegawai Farmasi)
  • Etika Media Sosial oleh Encik Lionel Michael Jominin (Pegawai Teknologi Maklumat)
  • Komunikasi Berkesan oleh Sr Simpol Binti Yussof (Ketua Jururawat)
  • Delighting The Customer (DTC) oleh Matron Jaliha Matjakir (Penyelia Jururawat).






Published by Lio on 17.11.2015 (1386 reads)

Tags: korporat   budaya  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: