Kursus Kawalan Infeksi HKP Bil 2/2015




Pada 28 Oktober 2015 yang lalu, Kursus Kawalan Infeksi Bil 2/2015 telah diadakan di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu (HKP). Seramai 24 orang peserta telah menghadiri kursus yang telah dikendalikan oleh Sn. Winnie Yap dari Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan (ICPU) HKP.

Sambutan yang diterima untuk kursus ini amat menggalakkan. Antara aktiviti yang dilakukan selain dari ceramah ialah pembentangan dan demo secara berkumpulan. Selain daripada itu, sesi kuiz, sesi soal jawab dan brainstorming juga telah dijalankan bersama Dr. Natalie Boon.

Untuk pengetahuan semua, kursus ini adalah kursus terakhir dimana ICPU akan menjalankan sesi pembelajaran bersemuka sepenuhnya bermula tahun hadapan bagi menjimatkan kos disamping cara ini lebih efektif dan praktikal.

Laporan Disediakan Oleh
Winnie Yap @ Veronika
Jururawat Terlatih U29
Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP





Published by Lio on 16.11.2015 (757 reads)

Tags: Infeksi  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: