Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Hospital Kuala Penyu


Majlis penyerahan tugas diantara Dr Esmar Bin Abdul Hamid dan Dr Sabariah Mohamad Sa'ad telah berlangsung dengan rasminya di Bilik Mesyuarat Utama Hospital Kuala Penyu (HKP) 14 September 2015. Dr Sabariah Mohamad Sa'ad telah ditugaskan untuk menggalas tanggungjawab selaku Pengarah di Hospital Kuala Penyu bagi menggantikan Dr Esmar Bin Abdul Hamid yang berpindah ke Hospital Semporna.


Sesi Penyerahan Tugas ini telah disaksikan oleh Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Bahagian Perubatan, Dr William Gotulis serta Ketua-Ketua Unit dan anggota-anggota HKP yang lain

Semoga kedua-dua Pengarah akan terus memberikan khidmat cemerlang di Hospital masing-masing. Sekalung terima kasih juga diucapkan kepada mantan pengarah, Dr Esmar Abdul Hamid atas jasa beliau selama berada di Hospital Kuala Penyu dan selamat datang diucapkan kepada Pengarah baru, Dr Sabariah Mohamad Sa'ad.

Semoga anggota HKP semua akan bersama-sama berganding bahu demi mencapai dan meneruskan kecemerlangan Hospital Kuala Penyu.

Majlis turut diserikan dengan tayangan slideshow ‘Jasamu Dikenang’ dan diakhiri dengan jamuan makan serta aktiviti bergambar.

Galeri Gambar Majlis Penyerahan Tugas Pengarah Hospital Kuala Penyu 2015







Published by Lio on 15.09.2015 (1261 reads)

Tags: penyerahan   tugas  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: