Majlis Perasmian Unit Hemodialisis HKP dan Klinik Pergigian Kuala Penyu


Pada 20 April 2015 bersamaan dengan hari Isnin telah berlangsungnya Majlis Perasmian Unit Hemodialisis Hospital Kuala Penyu (HKP) dan Klinik Pergigian Daerah Kuala Penyu (KP). Perasmian telah disempurnakan oleh YB Limus Jury, Adun N26 Kuala Penyu bertempat di ruang depan Unit Hemodialisis HKP. Majlis Perasmian telah bermula pada kira-kira jam 10.30 pagi. Perasmian dilakukan dengan simbolik tiga pukulan gong bagi menandakan rasminya Unit Hemodialisis Hospital Kuala Penyu dan Klinik Pergigian Daerah Kuala Penyu oleh YB Limus Jury


Unit Hemodialisis merupakan perkhidmatan yang baru diwujudkan di Hospital Kuala Penyu. Sebelum ini kebanyakan pesakit yang memerlukan perkhidmatan hemodialisis ini terpaksa berulang alik menerima rawatan di Hospital Beaufort . Dengan adanya perkhidmatan ini memudahkan pesakit mendapatkan rawatan tanpa perlu ke hospital lain. Sementara itu, Klinik Pergigian Kuala Penyu (KKKP) yang sebelum ini terletak di Pekan Kuala Penyu telah dipindahkan ke Hospital Kuala Penyu bertujuan untuk ruang yang lebih selesa untuk pesakit bagi pemberian perkhidmatan yang terbaik.


Selain Pengarah Hospital Kuala Penyu, Dr Esmar Bin Abdul Hamid, antara yang hadir adalah seperti Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Perubatan) Dr William Gotulis, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Pergigian) Dr Lawrence Mah Hon Kheong, Pegawai Pergigian Kanan Kawasan Beaufort Dr Adelina Akan, Haji Jaulin Bin Muhammad wakil Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Sabah (Keselamatan dan Kualiti Makanan), Pegawai Daerah Kuala Penyu Encik Edmund Teo, Ketua-Ketua Jabatan, masyarakat setempat Daerah Kuala Penyu, anggota-anggota kesihatan Kuala Penyu dan sebagainya.

Antara program yang telah dilaksana pada hari perasmian tersebut adalah seperti:
  • Persembahan Kumpulan Koir Hospital Kuala Penyu
  • Persembahan Tarian Kumpulan Hospital Kuala Penyu (Rima Citra)
  • Lawatan ke Unit Hemodialis HKP, Klinik Pergigian Kuala Penyu dan Wad Kanak-Kanak HKP
  • Sesi Bergambar
Majlis perasmian tersebut diakhiri dengan jamuan tengah hari pada kira-kira 12.30 tengah hari

Galeri Gambar Majlis Perasmian Unit Hemodialisis HKP dan Klinik Pergigian Kuala Penyu





Published by Lio on 20.04.2015 (1609 reads)

Tags: Hemodialisis  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: