Kursus Anti Dadah HKP 2015


Pada 16 Mac 2015 bertempat di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu, Kursus Anti-Dadah Hospital Kuala Penyu (HKP) telah diadakan. Kursus yang dianjurkan oleh AJK Antidadah Hospital Kuala Penyu ini bertujuan untuk mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah,ancaman penggunaan dadah,rokok dan inhalan dikalangan anggota HKP.


Kursus ini telah dihadiri seramai 32 orang peserta dikalangan anggota Hospital Kuala Penyu. Tiga penceramah daripada Jabatan Narkotik PDRM Beaufort, Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Beaufort dan Klinik Cure & Care 1 Malaysia, Papar, telah dijemput untuk menambah pengetahuan kepada para peserta kursus. itu juga ,Ceramah Kursus Anti Dadah ini juga turut diselitkan tentang berhenti merokok dan kenali ubat anda yang disampaikan oleh Pegawai Farmasi daripada Unit Farmasi Hospital Kuala Penyu.

Semasa kursus berlansung ujian saringan air kencing juga telah dijalankan oleh anggota AADK Beaufort kepada semua peserta kursus . Secara kesimpulannya,kursus ini telah berjaya mencapai objektifnya dan sekurang-kurangnya semua peserta sedar dan faham tentang bahaya penyalahgunaan dan pengambilan dadah. Kursus berakhir pada jam 4.30 petang.

Galeri Gambar Kursus Anti Dadah HKP 2015

Laporan Disediakan oleh :
Ivy Jamianus @ Nurul Aisyah
Pen. Peg. Farmasi U29 (KUP U32)
Hospital Kuala Penyu.






Published by Lio on 18.03.2015 (975 reads)

Tags: dadah   anti  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: