Program Sabah Mission for Vision 2015 di HKP


Pada 9 hingga 10 Mac 2015 yang lalu, Program Sabah Mission For Vission (SMFV) telah diadakan di Hospital Kuala Penyu. Tujuan program ini adalah untuk memberi rawatan kepada pesakit-pesakit yang mengalami penyakit mata seperti Cataract, Pterygium di Daerah Kuala Penyu dan kawasan sekitarnya.



Program ini telah diketuai oleh pasukan dari Hospital Queen Elizabeth yang terdiri dari Ophthalmologist Dr Shuaibah, Dr Andrew, Sr Suraineh, PPP Zulkifli, JT Lorna dan Optometrist dari Hospital Beaufort Cik Ruby.

Jumlah Pesakit yang menerima rawatan adalah seramai 39 orang. Di mana kategori kes dipecahkan kepada Cataract (3 orang), Pterygium 5( orang) dan lain-lain kes (31 orang).

Antara aktiviti lain yang diadakan semasa program ini adalah Continuing Medical Education (CME) yang bertajuk Leukoria yang disampaikan Ophthalmologist Dr Shuaibah. Aktiviti CME ini telah dihadiri staf dari Hospital Kuala Penyu, Klinik Kesihatan Kuala Penyu dan Juga Klinik Kesihatan Menumbok.

Galeri Gambar Program Sabah Mission for Vision di HKP 9-10 Mac 2015

Laporan Disediakan oleh :
PPP Mohd @ Mohd Amir Nordin
Penyelaras Klinik Mata
Hospital Kuala Penyu.






Published by Lio on 13.03.2015 (669 reads)

Tags: sabah   mission  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: