Unit Sajian HKP mendapat pensijilan HACCP



Sukacita dimaklumkan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti dan Makanan telah memberi pengiktirafan Pensijilan Sistem Hazard Analysis Critical Control Point (HACCP) untuk Unit Sajian Hospital Kuala Penyu selama 3 Tahun bermula dari 26 Januari 2015 sehingga 26 Januari 2018.

Pengiktirafan Hazard Analysis and Critical Control Points (HACCP) diwujudkan bagi memberi pengiktirafan rasmi kepada industri yang mencapai mengamalkan elemen-elemen HACCP sekaligus memenuhi kehendak-kehendak keselamatan makanan dan kehendak pengguna.

Ini merupakan pengikitrafan kedua yang diterima oleh Unit Sajian Hospital Kuala Penyu selepas menerima Sijil Pengiktirafan Good Manufacturing Practice (GMP) pada Tahun 2012.

Tahniah diucapkan kepada Unit Sajian Hospital Kuala Penyu !!!





Published by Lio on 09.03.2015 (1982 reads)

Tags: Unit   Sajian  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: