Hari Keluarga Hospital Kuala Penyu 2014


Pada 25 Oktober 2014 yang lalu, Hospital Kuala Penyu telah mengadakan Hari Keluarga buat kali ketiga selepas kali terakhir diadakan pada tahun 2012. Hari Keluarga HKP ini telah diadakan bertempat di Borneo Golf & Country Club, Bongawan.

Tujuan utama Hari Keluarga ini diadakan adalah sebagai landasan untuk saling kenal-mengenali dan mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan staf dan ahli keluarga Hospital Kuala Penyu. Di samping itu, ia bertujuan untuk memberikan ruang kepada anggota Hospital Kuala Penyu untuk melakukan aktiviti bersama keluarga mereka dalam pengisian masa yang terluang.


Aktiviti Hari Keluarga ini bermula dengan Acara Sukaneka pada petang 25 Oktober 2014 bertempat di Kolam Renang, Borneo Golf & Country Club, Bongawan. Beberapa permainan sukan air yang berbentuk sukaneka telah dijalankan sebagai ice breaking sesi Hari Keluarga.

Manakala sebagai penutup, pada sebelah malamnya pula, telah diadakan Majlis Makan Malam Hari Keluarga HKP. Antara acara yang telah dijalankan ialah cabutan bertuah, sesi karaoke dan sebagainya. Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran bekas, Doktor Perubatan HKP, Dr Mohamad Sobri Bin Mohamad Saupi bersama ahli keluarga beliau.


Majlis diakhiri dengan sesi bergambar beramai-ramai pada kira-kira jam 10.00 malam.

Album Gambar Hari Keluarga Hospital Kuala Penyu 2014





Published by Lio on 28.10.2014 (1445 reads)

Tags: keluarga  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: