Kursus Kefahaman Kawalan Infeksi HKP Bil 2/2014


Pada 21 Oktober 2014 yang lalu, satu Kursus Kefahaman Kawalan Infeksi Bil 2/2014 telah diadakan di Bilik Seminar Utama Hospital Kuala Penyu (HKP). Seramai 21 orang peserta telah menghadiri kursus yang telah dianjurkan oleh Unit Pencegahan dan Kawalan Infeksi (HKP). Kursus ini telah berlangsung bermula dari 7.30am sehingga 2.00pm.


Antara Aktiviti yang dijalankan ialah :
a. Pre dan post test
Di mana 38% peserta telah mencapai markah lebih 70% ke atas dan secara keseluruhanya melebihi 50% markah lulus untuk pre-test. Bagi post test pula sebanyak 66% dari 21 peserta yang mencapai peningkatan dari pre test sebelumnya.

b. Peserta dibahagikan kepada 5 kumpulan di mana perbincangan senario/permasalahan yang sering dialami di unit/wad.

c. Teori juga diberikan spesifik tentang 10 requirement of Standard Precaution dan 3 Transmission Based Precaution kepada peserta.

D. Lawatan ke Bilik Isolasi dan A&E sebagai contoh keadaan sebenar apakah peranan kawalan infeksi dan kepentingannya dalam sIstem perkhidmatan.

Kursus ini telah dilaksanakan secara 2 hala untuk lebih memahami situasi dan kefahaman rakan setugas yang bukan secara khasnya bertugas di kawalan infeksi.

Laporan Disediakan Oleh
Winnie Yap @ Veronika
Jururawat Terlatih U29





Published by Lio on 28.10.2014 (1339 reads)

Tags: Infeksi   Kawalan  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: