Lawatan Penilaian Pertandingan 5S JKNS di HKP 2014


Pada 18 September 2014 lalu, pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) telah melakukan Lawatan Penilaian Pertandingan 5S - Anugerah Aktiviti Peningkatan Kualiti & Inovasi JKNS di Hospital Kuala Penyu (HKP) sempena Sambutan Hari Kualiti 2014 JKN Sabah.

Pasukan Juruaudit JKN Sabah telah diketuai oleh Dr Zaitun Haji Tahir dengan dibantu oleh Encik Jaimie Borubui dan Puan Salmiah Binti Sahari

Lawatan Audit telah dimulakan pada kira-kira jam 11.00 pagi dengan dimulakan Taklimat Pelaksanaan Amalan 5S di HKP yang telah disampaikan oleh Encik Asmi Etin selaku Penyelaras AJK Induk 5S HKP. Sejurus taklimat Encik Asmi, Ketua Juruaudit Dr Zaitun Haji Tahir pula menyampaikan ucapan aluan untuk menyatakan sedikit komen mengenai pelaksanaan 5S di HKP.


Aktiviti seterusnya, lawatan audit dimulakan di lokasi wajib audit iaitu Unit Pengurusan, Unit Farmasi, Unit Patologi dan Tabung Darah HKP serta satu lokasi pilihan iaitu di Wad Kanak-Kanak HKP. Pasukan Juruaudit JKNS telah diiringi oleh Ketua Unit dan juga AJK 5S HKP semasa lawatan audit dilakukan.

Pada sebelah petangnya, Pasukan Juruaudit JKNS telah membuat semakan terhadap dokumen dan rekod implementasi pelaksanaan 5S HKP dan temubual bersama Ketua AJK 5s dan Ketua Penyelaras 5S unit yang terlibat. Akhir sekali, Sesi Ulasan dilakukan di mana penemuan audit dan cadangan penambahbaikan oleh Pasukan Audit JKNSabah dilakukan.

Secara keseluruhannya, pasukan audit menemui implimentasi 5S di Hospital Kuala Penyu adalah baik namun perlu beberapa penambahbaikan.

Atas beberapa usaha kreativiti dan inovasi 5S di lokasi yang telah diaudit, HKP telah diberi penghargaan dengan menerima 3 Pelekat Cemerlang 5S JKNS dari Pasukan Juruaudit JKNS untuk 3 Zon iaitu Unit Pengurusan, Unit Patologi dan Tabung Darah dan Unit Farmasi Pesakit Luar

Adalah diharapkan agar semua anggota HKP dapat meneruskan amalan 5S demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa kepada pekerja dan juga pelanggan Hospital.

Lawatan audit ini diakhiri dengan sesi bergambar bersama AJK 5S HKP. Pasukan Audit JKN Sabah bertolak balik ke Kota Kinabalu kira-kira jam 4.40 petang.

Galeri Gambar Lawatan Penilaian Pertandingan 5S JKNS 2014

Laporan Disediakan Oleh
Lionel Michael Jominin
Ketua AJK Promosi 5S
Hospital Kuala Penyu





Published by Lio on 18.09.2014 (1555 reads)

Tags: 5s  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: