Kursus Pemantapan Kawalan Infeksi dan Pencegahan Bil 1 2014




Pada 22 April 2014 yang lalu, Kursus Pemantapan Kawalan Infeksi dan Pencegahan Bil 1 2014 Hospital Kuala Penyu (HKP) telah diadakan bertempat di Bilik Seminar Utama HKP. Seramai 22 orang peserta telah mengikuti kursus ini di mana 80% daripadanya adalah anggota baru HKP. Kursus ini merupakan anjuran Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP dengan dibantu oleh barisan urus setia KJ Sainah Munap, JT Hilda sarun, En Fadzlyasraf Bin Shaari dan barisan Ketua Jururawat yang lain

Antara aktiviti yang diadakan selain dari ceramah-ceramah dari penceramah jemputan adalah Ujian Pre-Test dan Post Test bagi menguji pemahaman peserta. Antara objektif utama kursus adalah untuk menambah pemahaman anggota tentang fungsi, tugas serta tanggunjawab bagi mengekalkan HKP sebagai tempat yang selamat untuk pelanggan menerima rawatan penjagaan dan anggota HKP untuk memberi perkhidmatan

Laporan Disediakan Oleh
Winnie Yap @ Veronika
Jururawat Terlatih U29
Unit Kawalan Infeksi dan Pencegahan HKP





Published by Lio on 28.04.2014 (1961 reads)

Tags: Infeksi  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: