Laman Web HKP Mendapat Pengiktirafan 5 Bintang Dalam MGPWA 2013


Sukacita dimaklumkan Laman Web Hospital Kuala Penyu telah berjaya mendapat pengiktirafan 5 Bintang dalam Malaysia Government Portals and Websites Assessment (MGPWA) tahun 2013 untuk kategori Laman Web. Penilaian ini telah dilakukan oleh Multimedia Development Corporation (MDeC) berdasarkan panduan yang disediakan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU)

Laman Web Hospital Kuala Penyu diberikan markah sebanyak 81% dan mendapat tempat ke 249 daripada 1053 Laman Web Agensi Kerajaan yang dinilai diseluruh Malaysia sekaligus diiktiraf sebagai Laman Web Bertaraf 5 bintang. Sebanyak 232 Portal Agensi Kerajaan di seluruh Malaysia yang lain turut dinilai dalam MGPWA 2013 untuk kategori Portal.

Tahniah kepada seluruh Warga Hospital Kuala Penyu !!!

Laporan keseluruhan mengenai penilaian ini boleh dimuat turun di sini

Pencapaian Laman Web HKP





Published by Lio on 09.01.2014 (1535 reads)

Tags: pengiktirafan  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: