Lawatan Audit Perlaksanaan Amalan 5S HKP oleh MAMPU Sabah 2013


Pada 27 November 2013 yang lalu pihak Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) Cawangan Sabah telah melakukan Lawatan Audit Pelaksanaan Amalan 5S di Hospital Kuala Penyu (HKP) untuk tujuan Persijilan 5S Pertama dari pihak MAMPU.

Pasukan Audit MAMPU Sabah telah diketuai oleh Puan Rose Lim Wui Ching dengan dibantu oleh Puan Saidahwati Ahmad dan Puan Jeta Anak Unggang.

Lawatan Audit telah dimulakan pada kira-kira jam 9.00 pagi dengan Mesyuarat Pembukaan di mana Pengarah HKP Dr Esmar Bin Abdul Hamid telah menyampaikan ucapan pembukaan sebelum dibalas oleh Ketua Pasukan Audit Puan Rose Lim Wui Ching. Seterusnya Taklimat Pelaksanaan Amalan 5S di HKP telah disampaikan oleh Encik Asmi Etin selaku Penyelaras AJK Induk 5S HKP.


Sebaik taklimat selesai lawatan audit dimulakan di mana unit-unit yang terlibat adalah Unit Rekod, Dewan Bersalin, Farmasi, Jabatan Pesakit Luar, Sajian, Dewan Bedah, Rehabilitasi, X-Ray, Kecemasan, Bekalan Bahan Steril (CSSU), Wad Lelaki, Wad Kanak-Kanak, Dewan Bedah, Wad Perempuan, Pentadbiran dan Patologi.

Pada sebelah petangnya, semakan terhadap dokumen dan rekod implementasi pelaksanaan 5S HKP dan temubual bersama auditee terlibat dilakukan. Akhir sekali, Mesyuarat Exit Conference dilakukan di mana penemuan audit dan cadangan penambahbaikan oleh Pasukan Audit MAMPU serta sesi soal jawab bersama anggota HKP dilakukan.

Secara keseluruhannya, pasukan audit menemui implimentasi 5S di Hospital Kuala Penyu adalah baik namun perlu beberapa penambahbaikan. Keputusan audit akan dikeluarkan dan diketahui selepas pihak Hospital Kuala Penyu membuat penambahbaikan dan menghantar laporan maklumbalas dan seterusnya menunggu kelulusan dari pihak MAMPU di Putrajaya.

Adalah diharapkan agar semua anggota HKP dapat meneruskan amalan 5S demi mewujudkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan selesa kepada pekerja dan juga pelanggan Hospital.

Lawatan audit ini diakhiri dengan penyampaian cenderakenangan kepada pasukan audit serta sesi bergambar. Pasukan Audit MAMPU Sabah bertolak balik ke Kota Kinabalu kira-kira jam 5.30pm

Galeri Gambar Audit Perlaksanaan Amalan 5S HKP oleh MAMPU Sabah





Published by Lio on 28.11.2013 (2815 reads)

Tags: 5s  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: