Kursus Orientasi HKP 2013


Pada 26-27 September 2013 yang lalu telah berlangsungnya Kursus Orientasi bagi Kakitangan Hospital Kuala Penyu (HKP). Seramai 22 orang peserta telah menghadiri kursus yang dianjurkan AJK Budaya Korporat HKP. Peserta-peserta merupakan anggota Hospital Kuala Penyu (HKP) yang terdiri dari lantikan baru, anggota yang bertukar masuk ke HKP dan anggota senior HKP.


Antara tujuan utama kursus adalah untuk menerapkan elemen-elemen budaya korporat terutama moto utama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kami Sedia Membantu dikalangan peserta.

Galeri Gambar Kursus Orientasi HKP 2013

Hari pertama ceramah telah dimulakan dengan Ucapan Alu-Aluan oleh Tuan Pengarah HKP, Dr Esmar Bin Abdul Hamid dan juga sesi Ice Breaking.

Sementara itu, antara tajuk ceramah yang telah disampaikan pada hari pertama adalah seperti Pengenalan Hospital Kuala Penyu, 5 Services, Pengenalan Mengenai Persatuan yang terdapat di Hospital Kuala Penyu, Kualiti, myCPD Online Tuntutan Perjalanan, Tatatertib, Cuti, Kawalan Infeksi dan sebagainya.

Manakala pada hari kedua yang lebih fokus kepada perjawatan Jururawat, ceramah yang disampaikan adalah seperti Pengenalan Nursing Audit, Aktiviti Kualiti Nursing Unit, NNIA, COPC, NORNA, Nursing Care Plan.

Ceramah-ceramah telah disampaikan oleh anggota senior HKP.





Published by Lio on 30.09.2013 (2299 reads)

Tags: orientasi  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: