Helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di HKP


Pada awal hari ini, 27 September 2013 kira-kira jam 8.00 pagi, Helikopter Nuri Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan kecemasan di Helipad Hospital Kuala Penyu (HKP).

Helikopter Nuri (juga dikenali sebagai Sikorsky S-61) adalah helikopter enjin berkembar pelbagai kegunaan. Ia kini berkhidmat dengan Tentera Udara Diraja Malaysia. Ia dilaporkan membuat pendaratan kecemasan di Hospital Kuala Penyu pada awal hari ini akibat angin dan hujan kuat yang turun.

Helikopter tersebut meneruskan perjalanan ke destinasinya sejurus cuaca kembali tenang pada kira-kira pukul 8.45am.

Galeri Gambar Helikopter Nuri TUDM mendarat cemas di HKP 2013









Published by Lio on 27.09.2013 (4457 reads)

Tags: helikopter  

Print article


Lain-Lain Artikel Secara Rawak: